Menteri berteka teki sebab tunda sambutan Hari Pekerja 1 Mei

Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem

Sambutan besar-besaran Hari Pekerja yang sinonim dengan tanggal 1 Mei akan ditangguhkan pada tarikh lain tahun ini iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri pada Jun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem ketika memaklumkan perkara itu bagaimanapun masih berteka-teki dan enggan mengulas lanjut berhubung sebab penundaan tarikh sambutan berkenaan.

“Saya ingin sebutkan iaitu tentang Hari Pekerja yang sepatutnya jatuh pada 1 Mei pada tiap-tiap tahun dan slogan tema Hari Pekerja tahun ini adalah Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara.

“Tetapi saya percaya, ia tidak boleh diadakan pada 1 Mei ini sebab saya percaya waktu itu… tidak payah sebut, anda cari sendiri, saya sudah pun meminta KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia) untuk mencari tarikh baharu selepas Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 kementeriannya,hari ini seperti dilaporkan Utusanonline.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberi bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila memberitahu akan ada dua ‘Hari Raya’ dalam tempoh sebelum Hari Raya Aidiladha pada Ogos depan.

CATEGORIES
TAGS