Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Menteri Besar Kedah jumpa semua exco, Adun hari ini

Menteri Besar Kedah jumpa semua exco, Adun hari ini

BernamaFebruary 27, 2020 6:57 am




 Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri di kediaman rasminya di Seri Mentaloon  hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Zamri Yusuf berkata masih ada perkara yang perlu dibincangkan bersama sebelum Mukhriz membuat sebarang keputusan berhubung situasi semasa politik di negeri ini.

“Semua exco akan datang esok (Khamis). Akan ada perjumpaan lagi,” jawabnya ringkas semasa ditemui pemberita sejurus keluar dari Seri Mentaloon di sini, malam  tadi.

Satu pertemuan khas hampir dua jam telah diadakan Mukhriz dengan semua barisan exco kerajaan negeri sebaik beliau tiba dari Kuala Lumpur awal malam tadi.

Kemelut politik yang tercetus sejak Isnin selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan Bersatu mengisytiharkan keluar daripada pakatan itu menimbulkan tanda tanya akan kedudukan kerajaan negeri pimpinan PH.

Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PAS mempunyai 15 kerusi, Bersatu (enam), PKR (tujuh), Amanah (empat), UMNO (dua) dan DAP (dua).

— BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production