Malaysia Dateline

Menteri Dalam Negeri arah KPN jaga jalan menuju ke Parlimen

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan Ketua Polis Negara agar menjaga keseluruhan jalan menuju ke Dewan Rakyat sepanjang sidang Parlimen bermula 13 Julai ini.

Perintah itu terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul.

Arahan itu bagi memastikan ahli-ahli Dewan Rakyat dapat pergi dan balik ke bangunan Parlimen tanpa halangan.

Petikan panjang cadangan menteri yang berada di turutan teratas aturan urusan mesyuarat itu adalah seperti berikut:

“Bahawa majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan menuju ke Dewan ini dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut ini.”