Menteri Dalam Negeri perlu dedah deklarasi aset Najmuddin, desak MP Bayan Baru

Menteri Dalam Negeri perlu dedah deklarasi aset Najmuddin, desak MP Bayan Baru

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa mendedahkan aset deklarasi yang pernah dibuat oleh Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd bagi mengakhiri persepsi negatif rakyat terhadap dakwaan pembabitannyaa dalam pengubahan wang haram oleh pihak berkuasa Australia.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Kin berkata, dengan mengumumkan penyata deklarasi aset itu kerajaan BN dilihat gagal menunjukkaan ketegasan mereka terhadap membanteras persepsi negatif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya menyeru Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mengumumkan aset deklarasi daripada Datuk Wan Ahmad Najmuddin kepada umum.

” Dalam sidang media menteri sendiri memaklumkan bahawa pegawai tinggi dan pegawai polis sememangnya membuat deklarasi kepada kerajaan.

“Tiba masanya kerajaan BN mematikan isu ini dengna mengumukan penyata deklarasi aset beliau kepada umum.

“Ini akan menunjukkan dengna jelas pendapatan, simpanan, pelaburan dan aset beliau.

“Jika berlaku kekayaan luar biasa ia boleh dikesan dengan mudah,” ujarnya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Fuzi Harun yang membuat kenyataan menafikan tuduhan terhadap Wan Ahmad Najmuddin.

Sim yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, hanya penafian pemimpin tertinggi kerajaan dan PDRM tidak menghentikan persepsi negatif rakyat.

“PKR bersedia mengumpulkan sepasukan akauntan membantu Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin menganalisa penyata deklarasi aset beliau demi mengembalikan nama baik beliau itu,” ujarnya.

Pada Rabu lalu laporan Sydney Morning Herald (SMH) dipetik media negara ini yang melaporkan Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahma

Bagaimanapun Najmuddin dalam satu kenyataannya berkata, ia adalah kes lama yang dibongkar semula SMH.

Pada Jumaat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi satu kenyataan dipetik berkata, tujuan utama Najmuddin membuka akaun bank di Australia pada 2011 adalah bagi menguruskan pemindahan dana kewangan untuk pengajian anak lelakinya di negara tersebut.

Jelas beliau, siasatan dalaman telah dijalankan bagi menyelidik perkara tersebut oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada tahun 2016.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0