Malaysia Dateline

Menteri dedah tiga punca utama benih padi lewat

Terdapat tiga punca utama kelewatan bekalan benih padi berlaku di beberapa kawasan di Bagan Serai dan pihak kementerian telahpun menjalankan beberapa langkah untuk mengatasinya.

Menjawab soalan Datuk Dr Azmi Ghazali (Bagan Serai) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat pada Selasa,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, masalah stok bekalan yang dihadapi sebahagian pembekal menjadi salah satu punca keadaan itu berlaku.

“Ketika ini, terdapat sebanyak sembilan pembekal telah diberikan kuota pembekal berdasarkan kapasiti masing-masing. Namun demikian, terdapat pembekal yang masih mempunyai kuota tetapi tidak dapat menyediakan bekalan akibat stok bekalan yang hanya dapat dibekalkan pada bulan November 2019 selepas musim penuaian.

“Sementara itu, terdapat juga pembekal yang masih mempunyai lebihan stok bekalan tetapi telah kehabisan kuota menyebabkan benih tidak dapat dibekalkan pada harga subsidi,” jelas beliau.

Salahuddin menambah, serangan penyakit Hawar Bulir Bakteria (Bacterial Panicle Blight, BPB) seluas 2,927.62 hektar bagi musim 2/2018 dan musim 1/2019 di ladang-ladang benih padi turut menjejaskan pengeluaran benih padi tahun ini.

Para pesawah juga, tambah beliau kurang menggemari benih daripada varieti CL dan MR297 yang berada di pasaran atas beberapa factor antaranya mudah diserang penyakit.

Justeru jelas beliau, terdapat pesawah yang menukar pesanan benih kepada varieti lain yang tiada di dalam stok pembekal walaupun penetapan dan jangkaan pilihan varieti telah diputuskan semasa mesyuarat pra-musim, menyebabkan masalah kekurangan bekalan bagi varieti tertentu berlaku.

Dr Azmi dalam sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat ingin kerajaan menyatakan punca kelewatan benih padi di beberapa kawasan di Bagan Serai baru-baru ini.

Kelewatan ini, katanya boleh menggagalkan penanaman padi ekoran pesawah tidak mematuhi jadual bekalan air yang dikhuatiri akan menggugat hasil padi dan menjejaskan pendapatan pesawah.

Mengakui isu kelewatan benih padi adalah satu perkara yang serius tetapi masih terkawal, Salahuddin berkata kerajaan telah mengagihkan semula kuota benih padi sah sebanyak 8,400 metrik tan kepada pembekal yang telah mencapai kuota bagi menyelesaikan masalah ini.

Kerajaan juga, ujarnya akan mempekemaskan kaedah pembekalan benih bagi menangani isu seumpama ini di masa hadapan antaranya mengemas kini perancangan yang lebih teliti terhadap keperluan benih bagi setiap musim penanaman melalui