Menteri digesa baiki mutu pendidikan bukan cari salah guru

Menteri digesa baiki mutu pendidikan bukan cari salah guru

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menyarankan Datuk Seri Mahdzir Khalid berhenti mencampuri urusan guru di luar waktu sekolah untuk membabitkan diri dalam aktiviti parti.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menyarankan Datuk Seri Mahdzir Khalid berhenti mencampuri urusan guru di luar waktu sekolah untuk membabitkan diri dalam aktiviti parti.

Sewajarnya Menteri Pendidikan itu memberikan keutamaan dengan menumpukan perhatian kepada usaha membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah negara ini.

“Bukan satu rahsia lagi apabila para guru dibebankan dengan tugasan berbentuk pentadbiran dan perkeranian sehingga mengganggu fokus mereka untuk mengajar.

“Waktu kerja mereka bukan lagi setakat waktu persekolahan, ada kalanya terpaksa dibawa pulang untuk diselesaikan sehingga larut malam.

“Selain itu, ada juga dilaporkan guru turut diwajibkan menghadiri kursus yang tiada kaitan dengan profesion perguruan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Mahdzir khalidJusteru Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) ini berkata,dengan pelbagai bebanan tugasan yang tidak berkaitan ini, sudah tentu guru berhak untuk membuat pilihan mereka ujarnya, dengan menyertai parti lain yang diharapkan boleh menjamin kualiti pendidikan negara pada tahap terbaik.

“Saya juga menggesa Datuk Seri Mahdzir supaya menyiasat sekolah-sekolah terutamanya di luar bandar, Sabah dan Sarawak yang sehingga sekarang tidak menikmati infrastruktur pendidikan yang lebih sempurna.

“Inilah antara keutamaan yang perlu beliau laksanakan sebagai Menteri Pendidikan,” ujarnya.

Menyedari suasana Kerajaan yang semakin bersifat autokratik dan tidak terbuka untuk menerima kritikan dari penjawat awam, Dr Mariah turut menasihatkan para guru dan penjawat awam lain supaya mengambil langkah berwaspada.

“Pastikan anda menggunakan kuasa undi anda untuk mengubah Kerajaan sekarang kepada sebuah Kerajaan baharu yang lebih peduli dengan nasib semua golongan masyarakat,” ujarnya.

Semalam Mhadzir dipetik berkata guru walaupun berada dalam negara demokrasi, sebagai kakitangan awam, mereka tertakluk dengan peraturan yang membataskan perbuatan mereka di khalayak umum.

“Jika mereka seorang guru, tetapi sudah naik pentas pembangkang, bersyarah dan hentam kerajaan, sedangkan masih menjawat jawatan dalam kerajaan, tak patutlah mereka sampai ke situ.

“Kalau rasa dah boleh naik pentas dan hentam kerajaan, ada pula elemen tidak sihat dibangkitkan serta wujud unsur fitnah, saya ingatkan lebih baik tinggalkan profesion itu dan lawanlah betul-betul,” katanya ketika beliau berucap pada sesi Dialog Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Taman Tamadun Islam,Kuala Terengganu.

Terkini hari ini  dilaporkan Kementerian Pendidikan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan.

Dr Mariah berkata, kenyataan menteri itu, sebagai satu bentuk ancaman dan ugutan awal supaya guru tidak terlibat dengan program parti pembangkang atau bersedia menerima padah.

“Dengan perkembangan teknologi maklumat dan minat politik rakyat semakin bercambah baik, agak aneh apabila pemimpin negara seperti Datuk Seri Mahdzir memilih untuk bersikap kolot dan jumud dengan menafikan hak para guru untuk menyokong parti politik bukan kerajaan.

“Barangkali, kerana sikap kuno pemimpin seperti inilah yang menyebabkan negara masih gagal mencapai taraf negara maju pada 2020 sehingga terpaksa menganjak sehingga 2050,” ujarnya yang merujuk kepada Tranformasi Nasional 2050 (TN50) yang diasas dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak Disember tahun lalu.

TAGS