Malaysia Dateline

Menteri janji penjenayah Adib dibawa ke muka pengadilan

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat kes ini secara terperinci dan sebaik mungkin.

“Kerajaan menerima keputusan inkues kematian allahyarham dan menyerahkan kepada pihak PDRM untuk meneruskan siasatan kes ini menurut undang-undang jenayah negara,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya, Selangor pada 27 Nov tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Muhammad Adib, yang merupakan anggota bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, meninggal dunia pada 17 Dis lepas selepas 21 hari bertarung nyawa susulan insiden berkenaan.