Malaysia Dateline

Maaf, Menteri Air sedang menunai umrah di Mekah

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man kini masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah, lapor Harakahdaily.

Menurut media rasmi Pas itu, difahamkan Tuan Ibrahim sedang menunaikan ibadat umrah di Mekah sekarang.

Dengan tajuk berita “Menteri KASA bantu mangsa banjir di Shah Alam”, lidah rasmi Pas itu melaporkan Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Dr Zuhdi Masduki berkata, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Yang Dipertua PAS Shah Alam Dr Fuad Salleh.

“Sumbangan itu saya sampaikan kepada Dr Fuad sebagai mewakili Menteri KASA untuk membantu mangsa banjir di Shah Alam,” katanya pada catatan di laman sosialnya. (gambar atas).