Malaysia Dateline

Menteri Kesihatan kena kuarantin

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba diarahkan menjalani kuarantin kendiri selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati beliau adalah kontak rapat kepada seorang petugas media yang positif Covid-19.

Menerusi Facebook Ahli Parlimen Tenggara itu, beliau berkata telah mendapat perintah untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) sehingga 18 December depan.

“Perintah ini dikeluarkan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM Putrajaya mendapati saya adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat saya pada Sabtu lepas.

“Dia didapati positif Covid-19 dan bergejala. Saya diperintahkan menjalani HSO sehingga 18 December 2020.

“Sehingga tamat perintah HSO, saya akan bekerja dari rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya,” katanya.

Tambahnya lagi, semua pihak tidak akan terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa lebih-lebih lagi melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.