Malaysia Dateline

Menteri Kesihatan PH dulu paling agresif, betul-betul mahu tolong doktor kontrak

Ini pemerhatian saya sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bekerja dalam era tiga blok politik (BN, PH, PN).

Jawapan saya pun dari sudut pandang politik. Mungkin saya bias, tapi bias saya berpandukan fakta.

Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016. Semua lantikan baru KKM berstatus kontrak. Istilahnya, moratorium penjawat awam.

Bila Pakatan Harapan (PH) memerintah, Dr Dzulkefly Ahmad telah menampakkan usaha untuk menyerap seberapa banyak kakitangan kontrak ini kepada berjawatan tetap.

Apa yang Dr Dzulkefly buat? Dia berjaya dapatkan tambahan 10,675 penjawatan untuk KKM supaya staf kontrak dapat jadi tetap.

Untuk doktor yang masih belum dapat penjawatan tetap, dia naikkan pangkat dari UD41 kepada UD43 sebagai langkah sementara.

Langkah seterusnya untuk mendapatkan lebih banyak penjawatan dan memansuhkan moratorium, terencat selepas Langkah Sheraton dan PN ambil alih.

Apabila kerajaan PN ambil alih, tidak ada langsung sentuh tentang isu doktor kontrak sehinggalah HARTAL dilancarkan. Barulah PM umumkan faedah-faedah baharu. Itu pun hanya dalam PDF. Belum ada hitam putih.

Kesimpulan saya, yang nampak paling agresif dan betul-betul mahu tolong doktor kontrak ini adalah Dr Dzulkefly ketika beliau jadi Menteri Kesihatan.

Tangkap layar berita FMT itu, kalau baca penuh isinya, baru tahu apa usaha yang sedang dan akan dibuat oleh beliau. Jangan baca tajuk saja. Nah:

Dzulkefly: Tiada jaminan pegawai perubatan siswazah ditawar lantikan tetap

Isu elaun kritikal pula, betul PH memang mansuhkan untuk lantikan bermula Januari 2020. Elaun kritikal ini adalah arahan Tun Dr Mahathir melalui JPA.

Kalau kita ikut betul-betul isu ini dulu, memang ada beberapa Menteri PH sendiri masa itu yang menentang keputusan ini. Salah seorang adalah Dr Dzulkefly. Selain itu, Syed Sadiq.

Mungkin ada U-turn yang nak dilakukan, tetapi tidak sempat sebab kerajaan PH dah tumbang.

Hakikatnya, mana-mana kerajaan pun tidak sempurna sepenuhnya. Tapi kita boleh nilai yang mana satu yang betul-betul nak tolong rakyat, mana satu yang hanya nakkan kuasa tetapi gagal perjuangkan isu rakyat.