Malaysia Dateline

Menteri Kewangan nafi khabar angin wang kertas RM50 akan diganti

 Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan khabar angin yang tular di media sosial bahawa wang kertas RM50 sedia ada akan digantikan dengan wang kertas peringatan RM60.

Wang kertas RM60 dikeluarkan pada 2017 oleh Bank Negara Malaysia untuk meraikan ulang tahun ke-60 pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

Lim memberi jaminan kepada orang ramai bahawa khabar angin itu adalah tidak berasas dan wang kertas RM50 boleh terus digunakan dengan yakin.

“Jadi, sila gunakannya dengan yakin. Sementara wang kertas RM60 adalah tender sah, saya nasihatkan anda untuk tidak gunakannya. Sebaliknya, simpan ia baik-baik kerana hanya terdapat 60,000 keping di luar sana,” katanya semasa merasmikan pelancaran WeChat Pay di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada wang kertas RM60 tambahan akan dikeluarkan dan secara perbandingan, terdapat lebih 900 juta keping wang kertas RM50 beredar dalam ekonomi pada tahun lepas.- BERNAMA