Menteri Kewangan perlu berlapang dada terima teguran Anwar

Menteri Kewangan perlu berlapang dada terima teguran Anwar

Teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mendedahkan apa saja kepincangan yang ditemui oleh Menteri Kewangan seharus diberi perhatian serius.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) cawangan Pulau Pinang, Tan Sri Mohd Yussof Latiff ketika ditemui di Georgetown semalam.

Malah katanya lagi, apa yang disarankan oleh Anwar adalah suatu nasihat yang tepat berdasarkan kepada situasi ekonomi dalam negara kini.

“Tujuan sebenar Menteri Kewangan tersebut adalah untuk mendedahkan mengenai kepincangan yang telah dikenal pasti merupakan tindakan yang baik.

‘Namun begitu apa yang disarankan oleh Anwar yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan yang berpengalaman adalah untuk memulihkan ekonomi dan keadaan negara dari segi pelaburan.

“Nasihat beliau wajar dipertimbangkan memandangkan Anwar adalah juga bekas Timbalan Perdana Menteri yang turut berpengalaman luas sehingga ke peringkat antarabangsa, ” ujarnya lagi.

Menurut Mohd Yussof lagi, Anwar juga terasa bimbang dengan keadaan terkini yang melibatkan trend pasaran saham serta ketidakstabilan yang mungkin berlaku.

Tegasnya ia sudah pasti akan melibatkan pelabur-pelabur yang sedang dan akan melabur dalam negara ini.

“Walaupun terdapat bukti kukuh bagi mendakwa mantan Perdana Menteri maupun Menteri Kewangan yang lalu, maka ia harus diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk teruskan prosiding.

“Jika terlalu banyak mengeluarkan kenyataan ia boleh mengelirukan orang ramai.

“Sensitiviti pelaburan harus juga diberi perkiraaan oleh Menteri Kewangan sedia ada,” jelasnya lagi.

Justeru, segala nasihat yang diberikan oleh Anwar adalah sebagai orang yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang tersebut serta harus diterima dengan lapang dada.

Adalah ditakuti sekiranya pelabur sudah tidak yakin dengan keadaan kewangan dan ekonomi negara, ia akan mengaitkankan pelbagai perkara termasuk menjejaskan peluang pelaburan dan juga pekerjaan dalam negara ini, tambah beliau.

Oleh kerana itu tambahnya, kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum yang lalu adalah untuk membetulkan keadaan dan kepincangan serta berusaha untuk meyakinkan pelabur dan mendapatkan pelaburan yang lebih besar masuk ke dalam negara ini.

4.3
OVERALL SCORE
2 user votes x 6.5