Malaysia Dateline

Menteri macam mana, apakah dibenar terima hadiah tanpa kira nilai dari mana-mana individu atau syarikat?

April lepas, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang merangka pindaan berkenaan isu penerimaan dan pemberian hadiah kepada penjawat awam. Bagaimana pula dengan menteri apakah mereka tertakluk pada dasar ini?

Kebanyakkan agensi kerajaan juga sudah mempunyai peraturan untuk meneruskan dasar ini.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan adakah kabinet menteri pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri juga tertakluk kepada dasar ini?

“Bagaimanakah perincian bagi pihak para menteri beliau di dalam isu penerimaan dan pemberian hadiah ini? Apakah mereka dibenarkan untuk menerima hadiah tanpa kira nilainya dari mana mana individu dan syarikat?” katanya.

Bagi beliau, peraturan yang penting perlu diwar-warakan kepada umum memandangkan isu ini adalah isu berkepentingan awam dan harus dipandang serius.

Dengan cara seperti ini, katanya orang ramai sedar akan kepentingan untuk tidak memberi apa-apa jenis hadiah kepada penjawat awam, lebih-lebih lagi mereka berjawatan tinggi di kabinet kerajaan.

“Kes rasuah di negara kita semakin menjadi-jadi. Perdana Menteri perlu ada pelan jelas untuk menangani rasuah yang sedang berlaku. Selain dari isu yang dibincangkan, apakah langkah jangka panjang yang dirangka bagi memastikan kemantapan integriti pentadbiran negara?” soalnya lagi.

Baru-baru ini, dengan dakwaan oleh peguam bekas Perdana Menteri Najib Razak di mahkamah berkenaan pemberian jam tangan mewah oleh beberapa taikun terkenal.

Jam-jam tangan mewah yang diberikan ini pula harganya sangat mahal, bermula dari lingkungan RM500,00 sehingga hampir ke RM2 juta!

Ini adalah pendedahan yang luar biasa memandangkan hadiah-hadiah ini diberikan kepada Najib Razak sewaktu beliau masih bergelar Perdana Menteri.

Melihat pada nilai hadiah yang diberikan juga, sudah pastinya hadiah tersebut diberikan atas sebab-sebab yang tertentu.

Budaya pemberian hadiah seperti ini bukanlah budaya yang sihat dan berintegriti.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited dalam memastikan segala jenis rasuah dalam apa sahaja bentuk, diperangi sehabis mungkin.

Walaupun hanya mentadbir kerajaan selama 22 bulan, kabinet menteri PH memulakan dasar untuk tidak menerima apa-apa jenis pemberian bernilai lebih dari RM500 daripada sesiapa sahaja.

Dasar ini dilakukan untuk memastikan para penjawat awam, termasuk menteri untuk tidak menjinakkan kegiatan rasuah.

Baca juga: Waris Kesultanan Sulu cuba rampas aset Malaysia- Kemuka permohonan di Mahkamah Belanda untuk sita aset Petronas

Baca juga: Ejen kosmetik diculik 13 September lalu berjaya diselamatkan