Malaysia Dateline

Menteri Mewa diminta jelaskan projek tender terhad RM6 juta di Marang

Menteri Alam Sekitar dan Air (Mewa), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diminta memberi penjelasan berhubung permohonan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan diwakili Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Permohonan tender terhad secara selektif di Bukit Payung, Marang lengkap dengan cadangan senarai enam syarikat kontraktor itu dilihat tercatat minit daripada menteri berkenaan.

“Saya tiada halangan tertakluk kepada … tatacara kewangan…,” katanya yang juga Timbalan Presiden Pas itu bertarikh 26 Oktober 2020 dalam surat yang tular hari ini.

Menurut surat tersebut, kesemua senarai kontraktor Gred G7 bertaraf Bumiputera terbabit mempunyai kriteria layak untuk menyertai tender bagi projek secara reka bina itu.

Difahamkan, kos projek RTB Bukit Payung, Marang berjumlah RM60 juta.