Menteri minta DBKL baiki segera lif Mutiara Fadason

Menteri minta DBKL baiki segera lif Mutiara Fadason

Penduduk pangsapuri Mutiara Fadasion merayu pihak DBKL campur tangan.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membaiki segera lif di pangsapuri Mutiara Fadason yang telah rosak sejak 25 hari lalu.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1000 penduduk di pangsapuri terbabit terpaksa menanggung derita selama 25 hari tanpa kemudahan lif.

“Saya minta DBKL baiki segera lif itu dan bilkan kosnya kepada JMB bangunan itu,” kata Khalid mengulas laporan Malaysia Dateline sebelum ini.

12 September baru-baru ini, Malaysia Dateline melaporkan keluhan penduduk pangsapuri Mutiara Fadason yang merana kerana terpaksa menanggung beban untuk turun naik tangga yang mempunyai 18 tingkat itu.

Pangsapuri Kos Rendah Mutiara Fadason terdiri dari 3 Blok 19 tingkat yang mengandungi 1,080 unit kediaman (Blok A,B & C), manakala 20 unit untuk lot kedai.

Caj penyenggara bagi unit kediaman adalah sebanyak RM40 sebulan dan bagi unit lot kedai adalah sebanyak RM140 sebulan.

Projek ini adalah projek usahasama penswastaan diantara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju Tetuan Fadason Holding Sdn Bhd.

Dalam kenyataannya DBKL berkata, Badan Pengurusan Bersama (JMB) telahpun ditubuhkan pada 21 Januari 2008 dan menjadi tanggungjawab JMB untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak dan ‘harta bersama’, dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan.

“‘Harta bersama’ adalah berhubung dengan suatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak, ertinya sebahagian daripada kawasan pemajuan yang tidak terkandung dalam mana-mana petak atau petak yang dicadangkan dan yang digunakan atau dinikmati oleh penghuni dua atau lebih petak. Ini termasuklah kemudahan lif,”katanya.

Menurutnya, pihak Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) telah menerima aduan daripada JMB dan pemilik-pemilik di Mutiara Fadason ini mengenai beberapa isu berbangkit yang melibatkan kerja-kerja pengurusan dan penyenggaraan di kawasan pemajuan ini.

Malah, jelasnya, beberapa mesyuarat juga telah diadakan oleh pihak COBKL bersama-sama pihak pemaju, JMB, wakil pemilik-pemilik dan agensi agensi kerajaan lain yang terlibat dalam mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu-isu yang berbangkit di Mutiara Fadason.

Antara isu-isu berbangkit yang adalah seperti Mutu dan Kualiti Pengurusan dan Penyenggaraan yang tidak memuaskan.

“Pihak JMB memaklumkan keadaan ini berlaku disebabkan pihak pengurusan dibebani hutang kira-kira RM500,000. Sumber kewangan adalah terhad disebabkan hanya 60% daripada pemilik yang membayar caj penyenggaraan dan keseluruhan kutipan caj penyenggaraan yang diterima dari pemilik-pemilik hanya cukup untuk membuat pembayaran bil TNB dan Syabas.

“Hakmilik Strata, pihak COBKL dimaklumkan bahawa suratan hakmilik strata bagi Pangsapuri Kos Rendah Mutiara Fadason telah siap tetapi tidak dapat diambil disebabkan tunggakan cukai tanah sejak 2014 masih belum dijelaskan,”katanya.

Jumlah keseluruhan tunggakan cukai tanah (2014 -2017) berjumlah RM245,251.00.

Tambahnya, pihak JMB Mutiara Fadason ini sejak dahulu lagi mengalamai masalah kewangan yang kritikal di mana pada tahun 2012, pihak DBKL selaku pemilik tanah telah memberi bantuan wang pendahuluan kepada pihak JMB untuk menjelaskan bayaran cukai tanah tahun 2012 bagi membolehkan pengeluaran hakmilik strata diproses.

“Berdasarkan kepada mesyuarat yang diadakan di Pejabat COBKL pada 25 Januari 2015, pihak JMB diminta untuk membuat bayaran bagi tunggakan cukai tanah tersebut setelah menerima bayaran daripada pembeli petak.

“Jumlah keseluruhan lif di Mutiara Fadason ini adalah sebanyak 6 buah lif. Pihak COBKL pernah
mengadakan lawatan tapak bagi memantau permasalahan kerosakan lif yang sering berlaku di Mutiara Fadason ini.

“Berdasarkan kepada hasil lawatan tapak didapati bahawa kerosakan lif ini didakwa berpunca daripada vandalism oleh penduduk sendiri dan pihak JMB tidak dapat menampung kos mengganti serta membaiki lif dengan cepat kerana masalah sumber kewangan yang terhad,” katanya.

Dimaklumkan juga bahawa pihak JMB ada membuat permohonan Tabung Penyengaraan 1 Wilayah (TP1W) bagi tujuan pembaikan lif, bumbung dan jalan yang mana aduan-aduan ini sering diadukan oleh pemilik-pemilik di Mutiara
Fadason. Permohonan TP1W telah dibuat oleh pihak JMB pada 24 Julai 2017. Pihak COB juga telah menyemak dan memanjangkan permohonan tersebut kepada Jabatan Perancang Ekonomi Dan Penyelarasan Pembangunan melalui
surat jabatan ini bertarikh 13 Oktober 2017.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS