Malaysia Dateline

Menteri Pas sahkan mesyuarat kabinet hari ini mesyuarat terakhir kerajaan PN

Menteri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam catatannya di Facebook mengesahkan bahawa mesyuarat kabinet hari ini adalah mesyuarat terakhir kerajaan PN.

Beliau berkata, mesyuarat itu disifatkan terakhir sebelum Tan Sri Mahiaddin Md Yassin pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari tadi.

” Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat.

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan tersebut. Apabila kamu telah bertekad membuat keputusan maka bertawakkal berserah diri lah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal berserah diri,” kata belia memtik terjemahan Surah Aali Imran ayat 159.

Terdahulu, beliau turut pasrah dengan ketentuan apabila memberitahu hari ini adalah hari terakhir baginya menjalankan tugasan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Katanya, pencapaian Eksport Komoditi Negara untuk suku kedua (April-Jun) 2021 adalah penutup yang baik (Husnul Khatimah) untuknya apabila nilai eksport produk agrikomoditi melonjak sebanyak 65 peratus kepada RM105 bilion berbanding hanya RM64 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

“Namun, terserah kepada rakyat untuk menilainya setelah bertawakkal kepada Allah dengan mengharapkan redha dan ganjaran daripada-Nya.

“Terima kasih kepada semua yang mendokong saya dalam tugasan ini. Sekian,” katanya.