Malaysia Dateline

Menteri, Peguam Negara masuk rumah Perdana Menteri

Suhu politik ketika ini amat panas selepas secara teknikalnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh dikatakan sudah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ini selepas Umno yang merupakan sebahagian dari kerajaan PN menarik sokongan mereka dari kerajaan.

Sebentar tadi, kelihatan kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin pada pukul 9.40 pagi.

Memetik laporan Malaysia gazette, pada jam 9.53 pagi pula tiga lagi kenderaan kerajaan memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri

Ikut perkiraan, PN kini mempunyai 54 kerusi, Barisan Nasional 42, Parti Sarawak 20, Pakatan Harapan (PH) 89, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 5, dan parti Sabah 10.