Malaysia Dateline

Menteri Pendidikan lebih minat tonton bola sepak daripada hadir mesyuarat PSC

Menteri Pendidikan nampaknya lebih berminat untuk menonton bola sepak daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Ppilihan Khas Parlimen (PSC).

Ahli Jawatankuasa Pendidikan AMANAH Syazmir Hariz Noorazalan berkata, menghadiri perlawanan bola sepak di stadium merupakan tugas sokongan Dr Mohd Radzi Jidin berbanding hadir Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen yang tentunya tugas hakiki beliau.

“Syabas pak menteri,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik membidas Menteri Pendidikan, Radzi Jidin dan wakil Kementerian Pendidikan (KPM) tidak profesional kerana tidak menghadiri mesyuarat PSC kelmarin.

Menteri Pendidikan lebih minat tonton bola daripada hadir mesyuarat PSC
Tiada kehadiran Menteri Pendidikan serta wakil KPM di Mesyuarat PSC Pendidikan kelmarin

Menurut Maszlee isu yang dibincangkan melibatkan kepentingan rakyat dan berkait rapat dengan masa depan pendidikan negara.

PSC melalui SU Dewan Rakyat telah memanggil Menteri KPM atau wakilnya untuk memberikan pencerahan dan penerangan mengenai rasional, persiapan dan juga alternatif kepada tindakan tersebut.

Malangnya kata Maszlee KPM dan menterinya memilih untuk tidak hadir ianya seperti meremehkan kuasa parlimen dan merendahkan konsep pengasingan kuasa yang wujud di negara ini.

“Sikap tidak profesional ini juga menimbulkan seribu tanda tanya apakah yang menyebabkan mereka takut untuk berhadapan dengan parlimen melalui JKPKP? Apakah yang ingin disembunyikan?

“Jawatankuasa amat kesal dengan sikap KPM dan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini dalam waktu yang terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Pada 13 Jun 2022, telah berlangsung mesyuarat JK Pilihan Khas Pendidikan bil. 6.

Tajuk utama mesyuarat berkenaan ialah mengenai pemansuhan PT3 oleh KPM yang telah diumumkan baru-baru ini.

Jawatankuasa PSC juga akan bertemu dengan Tan Sri Speaker Dewan Rakyat dan juga YAB Perdana Menteri berhubung hal ini.

Baca juga: Kanak-kanak maut dijangkiti HIV selepas diliwat 4 beradik

Baca juga: Banner ‘Peja Jgn Sap Gam!!!’ di stadium malam tadi tular