Menteri Pertahanan ambil serius ketirisan, kebocoran maklumat  MAT

Menteri Pertahanan ambil serius ketirisan, kebocoran maklumat MAT

Pihak Kementerian Pertahanan mengambil serius akan dakwaan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) bahawa berlakunya kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai kanan tentera.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini,berkata, melalui Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengarahkan supaya satu siasatan dijalankan oleh Cawangan Provos Marsyal, Markas ATM – Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) bagi menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

“Sekiranya dakwaan berkenaan terbukti benar, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang,” ujarnya hari ini.

Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Angkatan Tentera (MAT), turut memberi jaminan bahawa setiap Mesyuarat MAT yang dilaksanakan akan menitikberatkan pemeliharaan yang tinggi
terhadap aspek kerahsiaan serta segala perkara yang dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

“Saya difahamkan bahawa perihal menjaga kerahsiaan ini telah diamalkan sejak MAT ditubuhkan lagi.

“Selain itu, pihak Kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarangketirisan dan kebocoran maklumat sulit, sekiranya ada,” ujarnya.

Semalam Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan pegawai kanan tentera seperti yang dilaporkan media pada Ahad.

Presidennya Brig. Jen. (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata kebocoran maklumat itu yang turut menyatakan tentang kemungkinan pelantikan bekas Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu melanggar kerahsiaan dokumen Majlis Angkatan Tentera (MAT).

Akhbar antara lain melaporkan MAT bersetuju Zulkifli dilantik sebagai PAT ke-20 menggantikan Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkuat kuasa 20 Jun ini.

Selain itu, turut tular senarai penuh kenaikan pangkat beberapa pegawai kanan tentera.

6.3
OVERALL SCORE
: 7.0
2 user votes x 6.0
CATEGORIES
TAGS