Menteri Pertahanan ke Lubnan lawat tentera Malaysia di bawah PBB

Menteri Pertahanan ke Lubnan lawat tentera Malaysia di bawah PBB

Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu dan delegasi mengadakan lawatan kerja rasmi ke Lubnan bermula 20 sehingga 24 Jun 2018.

Beliau bersama delegasi Kementerian Pertahanan (Kementah) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selamat tiba di Lapangan Terbang Rafiq Hariri.

Lawatan Kerja Rasmi ini dilaksanakan bersempena lawatan ulung beliau ke Lubnan dan Majlis Penyerahan APC Guardian kepada pasukan MALBATT.

Beliau yang turut diiringi oleh Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera, Datuk Junaidah Kamarrudin, TKSU (Dasar) Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Angkatan Bersama serta delegasi telah melawat residensi Duta Besar Malaysia ke Lubnan iaitu Mohd Aznor Mahat pada 21 Jun 2018.

Pada hari yang sama juga, Menteri Pertahanan telah membuat kunjungan hormat kepada Yacoub Riad Al Sarraf iaitu Menteri Pertahanan Lubnan di bangunan Kementerian Pertahanan Lubnan.

Dalam rangka jadual lawatan pada 22 Jun 2018, Menteri Pertahanan bersama delegasi telah tiba di UNP 2-1, Kem Marakah.

Mohamad Sabu telah menerima tabik hormat semasa perbarisan menteri dan seterusnya merasmikan penyerahan sembilan buah APC Guardian kepada MALBATT.

Acara diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Warga MALBATT 850-5 bertempat di Dewan Jun Sang, Kem Marakah.

Dalam hari yang sama juga, Mohamad telah membuat kunjungan hormat kepada Komander UNIFIL Mejar Jeneral Michael Beary, bertempat di Markas UNIFIL di Naqoura dan meneruskan acara Sambutan Raya di Kem Tibnin.

 

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote