Menteri Pertahanan sebak kenang pengorbanan perajurit

Mohamad Sabu sebak mengenang pengorbanan perajuri

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebak dan hampir mengalirkan air mata ketika mengenang pengorbanan perajurit terdahulu yang berdepan rintangan demi mempertahankan negara.

Menurutnya, soal kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan perkara yang perlu diberi keutamaan oleh semua pihak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

“Jadi, warga ATM mengharapkan agar pada tahun depan lebih banyak syarikat yang bukan sahaja mempunyai hubungan dengan Kementerian Pertahanan turut dapat menghulurkan sumbangan malah syarikat gergasi yang lain juga,” katanya.

Jelasnya, sumbangan daripada 51 syarikat dan individu yang mececah kira-kira RM1.5 juta kepada anggota ATM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri bukti rakyat prihatin terhadap pengorbanan perajurit negara.

Turut hadir isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohd. Affendi Raja Mohd. Noor dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

6.3
OVERALL SCORE
: 8.0
3 user votes x 5.7
CATEGORIES
TAGS