Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Menteri sahkan 1 sekolah di Sabah tutup kerana H1N1

Menteri sahkan 1 sekolah di Sabah tutup kerana H1N1

MALAYSIADATELINEJanuary 21, 2020 4:51 pm




Menteri Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Frankie Poon mengesahkan sebuah sekolah rendah ditutup selepas 6 muridnya didapati positif Influenza A (H1N1).

Poon berkata murid-murid itu, berusia bawah 12 tahun, daripada SK Stella Maris di Tanjung Aru, dihantar pulang untuk berehat.

“Tetapi ini bukan isu yang serius. Seperti yang saya katakan sebelum ini ada banyak langkah yang boleh diambil (bagi menghentikan penyebaran virus)…dan ini antara langkah-langkahnya.

“Ini hanyalah flu biasa. Kecuali ada orang tertentu menghidap kes penyakit yang serius atau isu-isu perubatan yang lain, maka itu akan merumitkan keadaan,” katanya kepada pemberita selepas acara menyerahkan kepala tarian singa kepada pemimpin-pemimpin persatuan Cina seperti dipetik laporan FMT hari ini.

 Gambar notis dari Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu memaklumkan SK Stella Maris akan ditutup selama seminggu bermula 8 pagi esok sehingga 28 Jan tersebar di media sosial.

Poon berkata kerajaan negeri tiada isu dengan keputusan menutup sekolah itu, mengatakan ia bertujuan untuk mengekang penyebaran virus.

Mengenai vaksin influenza pula, beliau memberi jaminan bekalan baru akan tiba tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi berkata beliau difahamkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mahu sekolah ditutup.

“Sebenarnya tidak perlu tutup sekolah – kita hanya tutup kalau ia sumber jangkitan,” katanya.

“Dalam kes ini, keputusan dibuat oleh jabatan kesihatan daerah. Pad amasa depan, kita akan lihat kriteria yang mewajarkan penutupan sekolah.”

 Beliau menambah jabatannya sedang memantau keadaan secara harian.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Sampai bila KUIZM, Sriti dan Pasti mahu bernafas dalam lumpur, tanya aktivis Pas

Awas, usaha nak tanam kebencian tu

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production