Malaysia Dateline

Menteri tidak perlu berkobar-kobar perangi golongan tiada vaksin

Menteri Kesihatan nampaknya benar-benar berperang dengan mereka yang tidak mahu vaksin dan dibakulkan semuanya sebagai golongan antivaksin, hatta rela digelar Dajjal!

Kebenaran merentas negeri dibuka selepas negara mencapai 90 peratus vaksin. Kini, katanya sudah mencapai 95 peratus.

Jika diambilkira mereka yang pernah dijangkiti 1.4 juta (sebahagian mereka juga telah divaksin) yang dianggap sudah immune, maknanya peratusan yang tidak divaksin sangat sedikit, kurang daripada lima peratus.

Jika 2.5 peratus diterjemahkan kepada angka dari 32 juta, hanya 800,000 orang yang tersebar di seluruh pelosok negara. Jadi, 800,000 individu ini tidak mengganggu pun untuk negara mencapai imuniti kelompok.

Vaksin yang baik dan berkesan, sebenarnya jika 80 peratus penduduk telah vaksin pun mampu mencapai ‘herd immunity’.

Di UK, Jawatankuasa Vaksin Kebangsaan UK menolak untuk vaksin kanak-kanak kurang dari 18 tahun, dengan berpandangan, komuniti ini tidak menghalang atau mengganggu UK untuk mencapai ‘herd immunity’.

Jadi, jika negara kita telah mencapai 95 peratus, disamping yang telah menghidap 1.4 juta orang, kumpulan 800,000 yang tidak vaksin ini tidak mengganggu cita-cita negara mencapai ‘herd immunity’.

Maksud tulisan ini, tidak perlu sebenarnya Menteri KKM berkobar-kobar untuk berperang atau memerangi golongan yang tidak vaksin, kerana jumlah mereka sangat kecil sebenarnya.

Kecualilah jika ianya sengaja diperbesar-besarkan untuk mileage tertentu! Tahniah rakyat Malaysia.