Menteri, Timbalan dominasi undi tertinggi pemilihan AMANAH

Menteri, Timbalan dominasi undi tertinggi pemilihan AMANAH

Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan AMANAH Nasional malam ini menyaksikan Menteri dan Timbalan Menteri parti menduduki 10 kedudukan teratas pilihan perwakilan.

Paling tinggi, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad merangkap Menteri Wilayah Persekutuan meraih 786 undi.

Tempat kedua ialah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia dengan memungut 780 undi.

Seterusnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan mengutip 765 undi.

Seramai 823 perwakilan mengundi bagi memilih 27 Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan Nasional.

Berikut senarai di kedudukan keempat hingga ke-27 bersama undi diperoleh:

4. Datuk Seri Dr Mujahid Yusof – 755
5. Datuk Dr Hatta Ramli – 725
6. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad – 687
7. Mohamad Sabu – 681
8. Adly Zahari – 655
9. Dr Siti Mariah Mahmud – 612
10. Datuk Raja Kamarul Bahrin – 584
11. Faiz Fadzil – 582
12. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin – 553
13. Datuk Mazlan Aliman – 544
14. Ustaz Nik Omar Nik Aziz – 543
15. Datuk Hasanuddin Yunus – 460
16. Suhaizan Kaiat – 445
17. Ustaz Zolkarnain Abidin – 445
18. Ustaz Ridzwan Abu Bakar – 435
19. Datuk Asmuni Awi – 429
20. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah – 368
21. Hanipa Maidin – 360
22. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus – 359
23. Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Nawawi – 339
24. Mohd Sany Hamzan – 338
25. Ustazah Mariam Rashid – 317
26. Dr Ahmad Termizi Ramli – 302
27. Dr Muhaimin Sulam – 299