Menteri WP- Datuk Bandar KL perlu isytiharkan harta, kata PKR

Menteri WP- Datuk Bandar KL perlu isytiharkan harta, kata PKR

Sewajarnya  proses penelitian semula pengisytiharan harta perlu dibuat dari semasa ke semasa, bukan menjadi reaksi menteri setelah berlakunya insiden besar seperti tangkapan  terhadap tiga orang penjawat awam seperti dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihak seperti IDEAS pernah membangkitkan keperluan dikaji semula sistem pengisytiharan harta bukan sahaja untuk menteri malah juga untuk pegawai kerajaan.

“Namun tidak diketahui sama ada idea-idea bernas ini diterima dan diamalkan atau tidak.

“Ini jelas proses pengisytiharan harta bagi setiap jabatan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan perlu dikaji semula atau dirombak.

Fahmi Fadzil“Oleh itu, sebagai tanda komitmen kepada prinsip ketelusan dan urustadbir yang baik di KWP dan DBKL, saya menggesa agar Datuk Seri Tengku Adnan dan Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur, menjadi contoh kepada para pegawai-pegawai dengan mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat Malaysia pada kadar segera,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bahawa setiap jabatan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) perlu meneliti semula pengisytiharan harta pegawai bagi membendung gejala rasuah amat dialu-alukan oleh kementerian itu.

Sambungnya lagi, kenyataan menteri Wilayah itu sudah terlambat.

“Memandangkan seorang “Datuk Seri” dan dua lagi telah ditangkap SPRM didakwa memiliki aset dan wang bernilai berjuta ringgit,” ujarnya.

Sebagai rekod pada 15 ogos lalu Tiga penjawat awam – dengan dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk –  ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

TAGS