Malaysia Dateline

Menyedihkan! 20 kucing dikambus dalam satu lubang, veterinar mula bedah siasat punca kematian

Seorang pengunjung di Pantai Bukit Keluang di Besut, Terengganu terkejut apabila menemui bangkai 20 kucing bergelimpangan disyaki diracun, jam 9.30 pagi tadi.

Roshanafi Osman, 39, berkata sudah menjadi rutin dia dan keluarga singgah di kawasan pantai itu untuk bersiar-siar.

“Satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampung Raja jam 3.30 petang tadi.

Jika kematian kucing ini akibat perbuatan khianat, amatlah mengecewakan.

“Tujuh daripada kucing berkenaan masih kecil. Bangkai dijumpai bersama beberapa ekor kucing peliharaan kerana mempunyai tali leher,” katanya lapor BH.

Menurut Roshanafi, seorang rakannya yang sering memberi makan kucing itu sejak sekian lama memberitahu sebelum ini semua haiwan berkenaan dalam keadaan sihat.

“Saya bersama keluarga serta rakan membantu mengutip bangkai kucing untuk ditanam dalam satu lubang.

“Petang ini pihak veterinar meminta saya menunjukkan lokasi bangkai ditanam dan menggali semula untuk bedah siasat punca kematian,” katanya.

Kata Roshanafi lagi, kejadian itu juga turut mengundang simpati ramai pihak yang sedih kejadian itu.

Menyedihkan! 20 kucing dikambus dalam satu lubang, veterinar mula bedah siasat punca kematian
Satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampung Raja jam 3.30 petang tadi.