Malaysia Dateline

Meratap nasib bangsa

Hati terluka jiwa tersentap
Saksi hidup bangsa yang layu
Jika bernafas lagi, Mat Kilau meratap
Perihal bangsanya Bangsa Melayu

Perasuah dijulang pembelot di hadapan
Harta negara sesama dijarah
Rakyat derita menanti harapan
Mana Mat Kilau? Muncul lah dikau sebelum parah

Mat Kilau pemberani jadi pahlawan
Wira pilu bangsa tidak bersuara
Nasib bangsanya tidak sehaluan
Perasuah pembelot diangkat wira

Maruah diinjak semboyan berbunyi
Lawan Inggeris Melayu berpakat
Sekarang “Melayu Bersatu” memecah sunyi
Berkokok ayam jantan taik di ekor melekat!

Mat Kilau berpakat demi MARUAH
Bangkitnya pahlawan ada martabat
Berpakat hari ini membela PERASUAH
Lompat sakan habis semua disebat

Tanjak di kepala beri perangsang
Pecah panggung penangan Mat Kilau
Luar panggung pahlawannya songsang
Bangkitnya pahlawan bergelar Mat Sakau!

Wasiat Mat Kilau ada di mana-mana
Pastinya pembelot tidak berteman
Pastikan perasuah mereput hina
Melayu Bermaruah jadi pedoman