Mereka bersatu untuk kekal membangkang

Mereka bersatu untuk kekal membangkang

Jika ditanya kenapa Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai walau satu pun kerusi Pakatan Harapan (PH), maka jawapannya: kebanyakkan yang hadir ini berasal daripada Kelantan dan Terengganu. Segala aset dan kemudahan kerajaan negeri diguna untuk memastikan mereka hadir untuk meramaikan pesta demokrasi ini.

PRU14 kami telah berhadapan dengan mereka dan kami kunci mereka di negeri masing-masing. Ketika pilihan raya mereka hanya sibuk di kawasan atau negeri masing-masing. Hari ini mereka keluar dengan isu agama dan bangsa. Mereka bakarkan kemarahan rakyat dan mereka berjaya MENGHASUT rakyat. Rakyat marah walau mereka tidak memahami apa pun yang sedang berlaku.

Himpunan ini berjaya. Walau angkanya sangat jauh dari sejuta rakyat tetapi mereka berjaya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Mereka berjaya satukan Pas dan Umno. Walau tidak berkahwin mereka berjaya bersekedudukan di hadapan kita.

Kekuatan mereka dan cara mereka berpolitik hari ini menjarakkan lagi kemenangan mereka pada PRU15. Namun jika Pakatan Harapan tidak menangani dengan baik, Pas dan Umno akan terus berkerajaan di Pantai Timur.

Cabaran besar buat kami di Pantai Timur bagaimana untuk merasional dan membersihkan pemikiran mereka. Namun jika kena dengan gerak kerja dan bantuan Pakatan Harapan Malayaia, Pas dan Umno mungkin akan terus menguasai di jalan raya semata-mata! Mereka akan terus kuat sebagai pembangkang.

Tahniah Pas Umno. Saya juga memohon kemaafan kerana beranggapan Pas akan bersama Umno membentuk kerajaan. Rupa-rupanya Pas dan Umno bersama membentuk pasukan pembangkang. Semoga Pas dan Umno terus menjadi pembangkang yang baik dan menjadi “check and balance” dalam demokrasi negara pada hari ini.