“Mereka cuba gertak dan diamkan saya,” kata Syed Saddiq

“Mereka cuba gertak dan diamkan saya,” kata Syed Saddiq

Pengasas dan jurucakap Challenger Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, mendakwa beliau tidak gentar dengan gertakan pihak tertentu di kalangan kumpulan pro Umno-BN dengan penyebaran beberapa keping gambar lamanya di internet.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengasas dan jurucakap Challenger Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, mendakwa beliau tidak gentar dengan gertakan pihak tertentu di kalangan kumpulan pro Umno-BN dengan penyebaran beberapa keping gambar lamanya di internet.

Beliau mengakui beberapa keping gambar yang tersebar di internet dan dicemuh netizen adalah gambarnya.

“Jawaban saya kepada Pro Umno/DS Najib blog.

“Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

“But, I won’t do that (tetapi saya tidak akan berbuat demikian). Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

“Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that (Saya tidak menafikannya),” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline malam tadi.

Foto Syed Saddiq yang disebarkan blogger pro-Umno.Blog truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya mendakwa aktiviti tersebut dirakam di kelab malam Palladium, Manila sewaktu Syed Saddiq mengikuti program debat di sana.

Gambar dimuat naik di blog itu kemudian menjadi viral di laman sosial yang kebanyakannya melahirkan rasa terkejut apabila Syed Saddiq di dakwa sebagai kaki clubbing, kaki mabuk dan kaki perempuan.

Kata Syed Saddiq lagi, memang benar gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia.

“Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ dan seperti mana yang dituduh.

“Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang.

“Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya.

“Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan,” ujar anak bungsu daripada empat adik beradik ini.

Ujar Syed Saddiq lagi jika ada pihak yang berfikir untuk mengugut dan mematahkan semangatnya untuk menghentikan perjuangannya, mereka melakukan kesilapan.

“Anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan.

“Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.

“Saya sudah menjelaskan dan ‘come clean’ about my past. Adakah PM boleh melakukan perkara yang sama ke atas 1MDB?

“Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran Walau tergadai nama baik sendiri.

“Biar putih tulang jangan putih mata. Agi idup agi ngelaban,” kata Pendebat Terbaik Asia ini.

Pada 4 Mac lalu Syed Saddiq turut menandatangani Deklarasi Rakyat anjuran Tun Mahathir bersama 56 lagi individu untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melepaskan jawatan.

TAGS