Malaysia Dateline

Mereka saja suci, yang lain tupai, kera…

Tu dia!

Wah. Bukan main lagi ostad parti ehem ini pi ulas isu apa yang berlaku di Parlimen dan diselit pula dengan beberapa kalam Arab bagi mungkin bertujuan “mengkultuskan” kot point-point dia.

Bila ulasan seperti itu hanya bersifat sehala sahaja, atau orang putih habaq “one way traffic” dan yang ulas itu pula dikira pemimpin dan pimpin pula parti Islam, lepas tu pula pakai serban lagi, habislah. Itu dikira yang paling terbaiklah!

Yang mendengar tu, saya percaya, habis terpesona dan tidak mustahil mungkin terpedaya… takkanlah ‘kan ostad berserban dan bibir pula basah melafaz kalam suci nak melawok pulok kan adik kakok!

Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kebenaran itu tidak ditentukan melalui penampilan zahir seseorang atau basahnya mulut seseorang melafazkan kalam suci.

Pokoknya apabila kita dengar ostad ni ulas fasal apa yang berlaku nampaknya:

– puak puak depa je yang seolah-olah berada di landasan betul.

– puak-puak depa je yang tidak gilakan kuasa,

– puak-puak depa je yang begitu hormat mandat rakyat,

– puak-puak depa je yang teramat takutkan Tuhan, takut isu dosa dan pahala, takut isu neraka dan syurga.

– bagi depa “Langkah Syairaton” dan Tebuk Atap tu suci muchi habis. Yang lain tu pula “tupai, kera, cicak, lipas, badak, zirafah, harimau bintang dan lain-lain”

– bagi depa, bila pemimpin depa yang menipu secara TERANG-TERANG di Dewan Rakyat, itu dikira tidak salah lah kot sama ada dari segi undang-undang atau agama.

Banyak lagi jika nak senaraikan dan jika nak bawa dalil yang berbahasa Arab untuk “rebut all his points” pun inshaAllah boleh.

Tapi malaslah dan tidak mahulah… (Saya tak pasti, adakah ostad ni biasa dengar istilah “straw man fallacy” sebab istilah itu agak common dalam debat politik ini).

Apa pun, kita sedar yang kita ini hanyalah jebon yang kotor dan hina dina. Depa tu hebat dan suci muchi lagi kan?