Mereka yang berwajah lebar adalah korup?

Oleh MALAYSIADATELINE

Suatu masa dulu terdapat satu kisah jenaka lama yang mengatakan jika anda ingin mengetahui sama ada seseorang ahli politik itu berbohong adalah dengan melihat, pergerakan bibir mereka ketika mereka sedang berbual atau bercakap.

Tetapi satu penyelidikan baru menunjukkan bahawa kita dapat meramalkan sesuatu tentang kejujuran ahli politik hanya dengan melihatnya, tetapi bukan bibir yang mereka perhatikan.

Serangkaian kajian yang dilakukan oleh penyelidik Caltech menunjukkan bahawa apabila responden orang ramai ditunjukkan foto ahli politik yang tidak mereka kenal, mereka dapat membuat penilaian yang lebih baik mengenai kemungkinan ahli politik tersebut telah disabitkan dengan rasuah.

Orang ramai boleh membuat penilaian ini walaupun tanpa mengetahui apa-apa mengenai ahli politik atau kerjaya mereka.

Dan satu perkara yang nampaknya mereka pilih atau perhatikan adalah berapa lebar kah wajah atau paras muka ahli politik.

Responden individu yang membuat penilaian ini didapati memberi respon yang sedikit lebih baik daripada jika mereka membuat tekaan rawak (walaupun perbezaan signifikannya secara statistik).

Namun, penilaian menjadi lebih tepat apabila digabungkan dalam sekumpulan responden orang ramai.

Kelebaran wajah, secara teknikal adalah nisbah lebar dengan tinggi wajah; telah ditunjukkan dalam penyelidikan sebelumnya yang berkorelasi dengan tingkah laku agresif pada lelaki.

Maksudnya, lelaki berwajah yang lebih lebar mempunyai kecenderungan lebih besar untuk menjadi agresif dan mengancam terhadap orang lain daripada lelaki dengan wajah yang lebih runcing.

Kajian juga menunjukkan bahawa lelaki berwajah lebar dianggap oleh orang lain sebagai pengancam atau penggangu ketenangan orang lain.

Kajian Caltech terbaru adalah yang pertama menunjukkan bahawa pemerhati mempunyai kemampuan mengesan ahli politik yang korup berdasarkan pada hanya melihat potret dan pemerhati menganggap ahli politik dengan wajah yang lebih luas adalah yang lebih korup.

“Mungkin sukar untuk memahami mengapa anda dapat melihat wajah orang lain dan memberitahu sesuatu tentang mereka,” kata Chujun Lin, pengkaji bersama pelajar siswazah Caltech.

Tetapi tidak ada keraguan bahawa kita sering dapat mengesan sesuatu mengenai seseorang dari wajah seseorang sepanjang masa.

Sebagai contoh, di laman web temu janji (dating), seseorang itu sering menolak kemungkinan berdasarkan gambar tanpa membaca profil.

Walau bagaimanapun, penting untuk dinyatakan bahawa para penyelidik tidak mendakwa bahawa ahli politik yang kelihatan korup sememangnya lebih korup daripada mereka yang kelihatan jujur.

Penyelidikan mereka menunjukkan terdapat hubungkait antara penampilan wajah dan korupsi, tetapi, mereka mengatakan, mungkin ada banyak lagi penjelasan.

Satu kemungkinan adalah bahawa jika sesuatu wajah menampakkan wajah tidak jujur, ahli politik itu mungkin sering kali melakukan dan terlibat dengan rasuah.

Kemungkinan lain adalah bahawa ahli politik yang kelihatan korup tidak lebih mudah korup daripada politikus yang jujur, tetapi kerana penampilan mereka, mereka lebih sering disyaki, disiasat, dan disabitkan dengan rasuah.

Sekiranya juri memutuskan samada atau apakah seorang ahli politik itu bersalah atau tidak, memiliki wajah yang korup dapat menimbulkan kesan negatif, yang mungkin mempengaruhi keputusan juri.

Ahli politik “bersih” yang digunakan dalam kajian itu mungkin sebenarnya tidak bersih. “Mungkin mereka belum tertangkap atau didapati bersalah.”

* Azizi Ahmad adalah seorang pendidik