Merosot 11 hari berturut-turut, Starbucks rugi hampir RM55 bilion! Ini fakta anda perlu tahu

Oleh KIM SYAZIE

Berikutan boikot besar-besaran dilakukan sebahagian besar penduduk dunia, saham Starbucks Corp terus merekodkan kerugian paling teruk sejak terbinanya jenama tersebut, lapor Bloomberg.

Saham Starbucks dilaporkan turun 1.6 peratus pada Isnin, merosot untuk hari ke-11 berturut-turut dan merupakan penurunan paling teruk sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 1992. 

Secara keseluruhan, kemerosotan ini telah memadam 9.4 peratus nilai pasaran Starbucks, iaitu hampir AS$12 bilion atau RM55 bilion kerugian.

Penganalisis Wedbush Securities Inc., Nick Setyan berkata, pelabur-pelabur meluahkan kebimbangan apabila jualan tidak mencapai jangkaan dalam suku tahun semasa dengan data kad kredit mengisyaratkan satu kelembapan sepanjang tiga minggu lalu atau sedemikian.

Selain itu, jualan dalam industri snek dan kopi telah menunjukkan trend yang perlahan secara mingguan bagi tempoh tujuh hari sehingga 19 November, menurut firma penyelidik berpandukan data, M Science.

Ini menandakan minggu ketiga berturut-turut trend lembap di tengah-tengah krisis diboikot dan mogok pekerja, termasuk Hari Cawan Merah (16 November) yang menjejaskan sebanyak 200 lokasi di Amerfka.

Saham-saham Starbucks menurun 1.6 peratis tahun ini, berbanding dengan satu perolehan 11 peratus bagi Indeks Restoran Komposit S&P 1500.

Baca juga: Ibu tunggal tergamak ‘buang’ anak di pusat jagaan, tak sabar nak kahwin baru bulan depan