Mesej HARAPAN lawan MENAKUTKAN

Pemimpin PH menawarkan harapan manakala BN menakutkan pengundi kepadanya.

Dalam menghadapi PRU14, pattern kempen koalasi utama dapat d lihat secara umumnya kepada dua pola ‘messaging’: Fear dan Hope.

BN dan Pas secara umumnya membawa messaging berbentuk fear manakala PH membawa messaging hope.

Seringkali bahaya DAP d momokkan BN dan Pas. Sasarannya ialah pengundi melayu, dengan harapan mereka menerima messaging yang dibawa untuk menjauhkan mereka dari mengundi PH.

PH pula seringkali menawarkan harapan untuk Malaysia yang lebih baik. Penambahbaikan dan cara atasi korupsi dan ketirisan memberi harapan Malaysia yang lebih baik.

Martin Lindstrom, seorang pakar Pemasaran dalam bukunya Brandwashed ada menyebut, antara lain antara kempen mudah ialah kempen berbentuk menakut-nakutkan (fear mongering)

Bila ketakutan melanda, panik akan menguasai

Bayangkan bila dlm plane dan pilot menyalakan isyarat pasangkan tali pinggang keledar. Serta merta penumpang akan segera memasang tali pinggang.

Ketakutan akan menyebabkan saluran oxygen ke otak mengecil. Menyukarkan berfikir secara rasional.

Nordstrom menambah, ketakutan dalam erti kata lain akan menyebabkan seseorang menjadi ‘bodoh’ (tidak dapat berfikir secara rasional)

Sebenarnya momokan ketakutan bukan sekadar membawa berita tidak benar bahkan ianya percubaan untuk membodohkan ramai.

Nilai messaging yang dibawa dengan waras.

Jangan mudah diperbodohkan dengan messaging berbentuk menakut-nakutkan.

Apalagi pengundi adalah bos sebenar dalam proses pengundian.

Mainkan peranan anda sebagai bos dan pemilih sebenar