Mesej provokasi, Sany Hamzan buat laporan polis

Ketua pemuda nasional, Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Sany Hamzan membuat laporan polis berhubung satu mesej provokasi yang menggunakan nombor telefon beliau di Balai Polis Batu 18 Ulu Langat hari ini.

Mesej provokasi guna nombor telefon SanyMenurut Sany satu mesej berbunyi “Polis sila tangkap kami!!! Kami mahasiswa tidak takut, kami akan lawan polis, biar sampai mandi darah”.

Mesej ini telah disebarkan dengan menggunakan nombor telefon beliau 0196111171.

“Saya menyedari hal ini apabila seorang kawan menghantar mesej bergambar yang mengirim ‘screenshot’ provokasi ini.

“Saya percaya nombor telefon saya telah digodam pihak tertentu yang mahu mencemar nama baik saya,” katanya.

Dalam laporan tadi katanya, beliau meminta pihak olis menyiasat perkara ini kerana perkara ini boleh membawa pelbagai implikasi terhadap nama baik dan keselamatan diri saya, katanya.

Beliau turut mengadu menerima panggilan dari orang tidak dikenali dan bertanya perkara tidak muanasabah akhir-akhir ini.