Malaysia Dateline

Mesej WhatApp Jamal jadi bukti baharu

Sebanyak lebih 400 mesej WhatsApp yang dihantar oleh Jamal Khashoggi kepada seorang rakannya mungkin mencetuskan petunjuk baharu kepada pembunuhannya.

Dalam perbualannya dengan aktivis berpangkalan di Kanada, Omar Abdulaziz, Jamal menyifatkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sebagai seorang yang berbahaya.

“Dia sukakan kekerasan, penindasan dan perlu menunjukkan kepada semua orang. Beliau seperti binatang yang semakin banyak mangsa dimakan, semakin banyak beliau mahu.

“Saya tidak terkejut penindasan akan berlaku kepada mereka yang menyokongnya dan orang lain,” kata Khashoggi menerusi mesej kepada Omar seperti dipetik oleh CNN.

Lapor al-Jazeera, mesej tersebut turut dikongsi bersama CNN termasuklah rakaman suara, foto dan video.