Malaysia Dateline

MESTECC akan tutup semua kilang haram di Pasir Gudang, kata Menteri

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan mengadakan operasi bersepadu untuk mengesan dan menutup semua kilang yang beroperasi secara haram di Pasir Gudang.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata langkah penguatkuasaan bersepadu itu akan dilakukan dalam tempoh satu bulan.

“Saya minta ahli-ahli Dewan Rakyat dan juga rakyat Pasir Gudang, laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar jika ada maklumat berkaitan kilang haram, kita akan pergi tutup kilang itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.- BERNAMA