Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
MESTECC kesan gas Methyl Mercaptan di kawasan Perindustrian Pasir Gudang
(dari kiri) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Yeo Bee Yin ketika mengadakan sidang media bersama mengenai pencemaran udara di Pasir Gudang yang diadakan di Kementerian Kesihatan Putrajaya hari ini.

MESTECC kesan gas Methyl Mercaptan di kawasan Perindustrian Pasir Gudang

AKMAL MANAF FOTO : WAN ZAHARI WAN SALLEHJune 28, 2019 11:52 am




Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), memaklumkan telah mengesan gas Methyl Mercaptan di kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, kehadiran gas di kawasan perindustrian tercemar itu, adalah anomaly iaitu sesuatu yang ganjil.

“Gas itu dikesan menerusi pemantauan bacaan gas yang dibuat ketika insiden gangguan kesihatan di kawasan industri Pasir Gudang, baru-baru ini.

“Akibat persekitaran udara yang tepu di Pasir Gudang, sebarang anomaly akan memberi kesan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan juga penghidap asma.

“Dua gas lain yang turut dikesan adalah Acrylonitrile dan Acrolein, bagaimanapun, ketiga-tiga gas yang telah disebut itu, tidak dikesan dalam sampel darah dan air kencing pesakit,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM), di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam perkembangan sama, Bee Yin berkata pihaknya juga telah mengambil langkah segera dalam usaha untuk melupuskan faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada kehadiran gas-gas tersebut.

“Usaha-usaha penguatkuasaan dan pemantauan ke atas kilang-kilang berasaskan bahan kimia di sekitar Pasir Gudang juga akan diteruskan.

“Secara amnya, pembangunan Pasir Gudang yang tidak lestari memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap alam sekitar.

“Pertama adalah kerana, kepesatan pembangunan dan kepadatan industri kimia yang tinggi di sana yang menjadi penyumbang utama kepada impak loading capacity persekitaran termasuk udara, tanah dan sungai.

“Yang kedua, pembangunan Pasir Gudang yang tidak lestari juga menyebabkan ketiadaan zon penampan (buffer zone) antara industri berasaskan bahan kimia dengan kawasan sekolah, perumahan dan pusat aktiviti masyarakat, sekali gus mendedahkan penduduk di situ kepada risiko bencana kimia.

“Ketiadaan zon penampan atau buffer zone menyebabkan terdapat sekolah yang kedudukannya amat dekat dengan kilang-kilang di sana,” tambah Ahli Parlimen Bakri itu.

Ketika ditanya adakah kawasan industri yang tercemar itu akan ditempatkan semula, Bee Yin berkata itu adalah urusan kerajaan negeri.

“Tentang penempatan semula kawasan perindustrian itu, saya rasa lebih elok kerajaan negeri yang membuat keputusan.

“Untuk rekod, pada ketika ini, Pasir Gudang mempunyai sebanyak 2,005 kilang berlesen, dan 250 darinya adalah kilang berasaskan bahan kimia,” katanya lagi.

20 Jun lalu, seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, di Pasir Gudang, mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

Dua hari kemudian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata pemeriksaan ke atas pesakit mendapati, mereka mengalami simptom yang sama dengan kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

Terkini

Rakyat Kelantan bayar caj parkir lebih mahal dari Shah Alam

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production