‘Mesti dia ingat tengah rehearsal lagi’ – Graduan patah balik lepas terlupa ambil skrol undang tawa ramai

Oleh KIM SYAZIE

Pastinya ada banyak pengalaman lucu ketika istiadat konvokesyen berlangsung terutamanya para graduan.

Ada yang kasut tercabut masa nak naik pentas malah ada tersadung akibat kain terlalu panjang.

Menerusi akaun TikTok Universiti Teknologi MARA (@uitm_channel), satu video graduan terlupa mengambil skrol dimuat naik.

“Kenangan ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh beliau sampai bila-bila..Tahniah Kepada Semua Graduan!!!,” ujar kapsyen video tersebut.

@uitm_channel

Kenangan ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh beliau sampai bila-bila..Tahniah Kepada Semua Graduan!!! #istiadatkonvokesyenuitm96

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Video tersebut menunjukkan wanita itu memalingkan badan ke arah kamera untuk bergambar namun selepas selesai dia terus berjalan tanpa mengambil skrol.

Pemberi skrol terpaksa memanggilnya kembali dan pada saat itulah graduan tersebut sedar ‘kesalahannya’ lalu mengambilnya serta menutup muka kerana malu.

Rata-rata warganet terhibur melihat graduan tersebut dan menyifatkannya gugup di hari bersejarah.

“Mesti dia ingat tengah rehearsal (raptai). Tak perlu ambil skrol,” komen Hana

“Kak ini bukan ‘cobaan’ ini betul-betul,” tambah Redzuan.

“Ini mesti set dekat minda, ok gambar konvo kene cantik. Hafal step, terlupa nak masukkan step ambil skrol,” ujar Mia.

Baca juga: Ibu ajak balik baby geleng kepala-Gelagat baby tak mahu balik dari taska buat si ibu risau