Mesyuarat hari bekerja: Bekas menteri kecam Kabinet PN
Menurut Salahuddin, semasa diberikan amanah sebagai menteri kabinet dulu beliau bukanlah termasuk dalam kategori menteri yang bagus pun. "Cuma bila diberikan tanggunggjawab kami bekerja tanpa mengira masa.

Mesyuarat hari bekerja: Bekas menteri kecam Kabinet PN

Menteri-menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta tidak berkira sangat dalam melaksanakan kerja mereka termasuk bekerja pada cuti hujung minggu terutama ketika negara dalam kecemasan ekoran Covid-19.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dalam satu tulisannya berkata, “Kalau langkah SHERATON boleh dibuat pada hari minggu, mengapa isu COVID-19 perlu diputuskan langkah-langkah mengatasinya pada hari bekerja?

“Menteri-menteri di kerajaan Perikatan Nasional (PN) diminta tidak berkira sangat dalam melaksanakan kerja mereka termasuk bekerja pada cuti hujung minggu,” tulis beliau.

Kabinet PN dikecam hebat apabila menetapkan mesyuarat khas menangani Covid-19 pada hari Isnin (16 Mac) berikutnya dan tidak diadakan mesyuarat tergempar pada hari berkenaan (Sabtu – 14 Mac atau Ahad – 15 Mac).

Kemarahan semakin memuncak apabila mengetahui pada 14 Mac itu, Perdana Menteri PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermain golf dengan pelbagai pihak termasuk menteri kabinet beliau.

Menurut Salahuddin, semasa diberikan amanah sebagai menteri kabinet dulu beliau bukanlah termasuk dalam kategori menteri yang bagus pun.

“Cuma bila diberikan tanggunggjawab kami bekerja tanpa mengira masa.

“Hujung minggu, hari cuti dan ada ketikanya tidak punya masa rehat.

“Apatah lagi untuk bercuti tahunan kecuali terlantar sakit,” tulis Salahuddin

“Nasihat saya pada rakan-rakan menteri janganlah berkira sangat dengan masa rehat kita terutama di waktu negara kita kritikal akibat serangan COVID-19.

“Buatlah sesuatu yang menampakkan TINDAKAN SEGERA,” tulis Salahudin.