Mesyuarat Pakatan Harapan tangguh lagi, Azmin tidak dapat hadir

Mesyuarat Pakatan Harapan tangguh lagi, Azmin tidak dapat hadir

 

 

 

 

 

Mesyuarat Pakatan Harapan yang sepatutnya diadakan tengahari ini sekali lagi ditangguhkan dengan alasan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak dapat datang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Mohamed Azmin AliMesyuarat Pakatan Harapan yang sepatutnya diadakan tengahari ini sekali lagi ditangguhkan dengan alasan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak dapat datang.

Menurut sumber, hampir kesemua pemimpin Amanah dan DAP sudah berada di bangunan parlimen bagi menyertai mesyuarat untuk membincangkan dua pilihan raya kecil tetapi mereka dimaklumkan mesyuarat dibatal di saat-saat akhir.

Antara yang ada di tempat mesyuarat sepatutnya berlangsung adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Namun begitu, atas alasan sebahagian besar sudah ada, mesyuarat tidak formal diadakan.

Antara yang hadir adalah enam pemimpin Amanah yang diketuai Salahudin, PKR diketuai Wan Azizahdan DAP hanya hadir dua orang iaitu Anthony Loke dan Liee Chin Tong.

Sementara itu,  Presiden PKR Datuk Sei Dr Wan Azizah memberitahu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan tangguh sekali lagi disebabkan ramai pimpinan yang tidak dapat hadir pada mesyuarat yang sepatutnya diadakan hari ini.

“Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tak ada, Setiausaha Agung (Rafizi Ramli) tak ada sebab di mahkamah, dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pun tak ada.

“Kita dapati ramai pimpinan utama yang penting tak ada,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang tertangguh buat kali ketiga hari ini.

 

TAGS