MET Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan 17 hingga 20 Dis

Oleh NASUHA RAHMAN

MET Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa daripada 17 sehingga 20 Disember 2022.

Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka memasuki rantau negara mulai 17 Disember 2022.

Seterusnya berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri timur Semenanjung dalam tempoh 17 – 20 Disember 2022.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora (Kategori Ketiga / Kedua / Pertama) bagi perairan Laut China Selatan juga telah dikemas kini berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2022.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjelaskan perkara tersebut dalam laman webnya sebentar tadi.

Baca juga: Wan Azizah kongsi kisah pernah dicemuh masyarakat, dipanggil isteri banduan ketika berkempen, ‘tapi tak apa saya redha’