Malaysia Dateline

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan peringkat buruk di tiga negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di tiga buah negeri.

Menurut data dikongsi MetMalaysi hari ini, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Hulu Perak); Kelantan; dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Hujan berterusan dijangka sehingga hari ini.

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di lima buah negeri.

Negeri yang terlibat termasuklah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), dan Terengganu (Dungun dan Kemaman).

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri.

Antaranya negeri Pahang, Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) • WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala Sarawak: pula melibatkan daerah Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Sabah pula di pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan dan Kudat sehingga 8:00 malam; Ahad, 27 Februari.