Malaysia Dateline

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di 10 negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan tengah hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Kedah, kawasan terlibat adalah Langkawi, Baling dan Kulim manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Amaran sama dikeluarkan di Jeli dan Pasir Putih di Kelantan; Besut dan Setiu (Terengganu); Bentong, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang); Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan); dan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak diikuti Kuala Penyu dan Beufort di Sabah dan Labuan.

— BERNAMA

Baca juga : 4 ditahan SPRM berkaitan program khas kerajaan RM114 Juta