Mexico bebas 16 tahanan politik, teliti semula 368 kes

Mexico bebas 16 tahanan politik, teliti semula 368 kes

Menteri Dalam Negeri Mexico, Olga Sanchez mengumumkan 16 tahanan politik dibebaskan setakat ini dan kerajaan persekutuan sedang meneliti semula 368 kes penahanan yang dibuat tanpa mengikut peraturan.

Sanchez berkata pihak berkuasa persekutuan mengesahkan terdapat beberapa kes individu yang ditahan masih tidak dapat dijatuhi hukuman kerana kekurangan bukti.

“Kami sedang meneliti 368 kes dan telah membebaskan 16 orang, ramai yang tidak dapat dihukum selepas bertahun ditahan kerana kekurangan bukti.

“Didapati terdapat banyak kes penahanan tanpa mengikut prosedur yang betul,” katanya dalam satu sidang media.

Sanchez turut menggariskan pelan baharu untuk memerangi keganasan di Mexico secara sistematik.

Langkah itu termasuk kemungkinan memberikan pengampunan kepada anggota geng jenayah terancang sebagai strategi untuk menghentikan jenayah ganas dan pengedaran ganja secara haram.

— BERNAMA

Loading...