Malaysia Dateline

Mi bersos cacing pasir sambut delegasi APEC

Mi yang dihidangkan bersama sos cacing pasir bakal dihidangkan kepada barisan pemimpin dunia dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Thailand bakal jadi tuan rumah bagi mesyuarat itu yang dijadualkan pada 18 dan 19 November ini, di Bangkok.

Negara berkenaan sebelum ini mengadakan pertandingan untuk mencari hidangan terbaik untuk dijamu kepada delegasi dalam mesyuarat tersebut.

Makanan yang dihidangkan pastilah menu yang sihat dan ‘mesra alam’ serta menunjukkan keunikan budaya dan tradisi di negara Gajah Putih itu.

Hidangan mi dengan sos cacing pasir itu merupakan antara lapan menu yang dipilih untuk dijamu kepada para tetamu APEC.

Lapor Utusan Malaysia, ketua pasukan yang menghasilkan menu itu, Suradate Thammakun berkata, haiwan tersebut boleh ditemukan di kawasan pantai di Laut Andaman dan Teluk Thailand.

Jelasnya, makmal sains mendapati ulat tersebut mengandungi 50 peratus kadar protein lebih tinggi berbanding ikan salmon.

Justeru itu, beliau dan pasukannya merancang untuk menghasilkan makanan tambahan berasaskan ulat tersebut dan mengeksportnya ke luar negara.

Baca juga ‘Ada bakat melukis bukan masalah mental’

Baca juga Risau adik terjatuh, kucing ini jadi ‘penyelamat’, netizen tersentuh lihat apa yang kucing itu buat