Malaysia Dateline

Sebenarnya yang hilang kuasa dan kedudukan jika Umno BN kalah ialah pemimpin pemimpinnya sahaja

MIC serah kepada calon Umno bertanding di PRK Cameron Highlands?

Kelewatan Barisan Nasional (BN) menamakan calon pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands berikutan wujud rundingan dengan MIC untuk meletakkan calon Umno.

Memetik laporan Malaymail dari sumber berkata, MIC berkata pemimpin kedua-dua parti bertemu Ahad lalu dan mereka memutuskan calon PRK itu daripada Umno sekaligus memecahkan tradisi sejak 2004.

“Beberapa nama besar dari Umno termasuk pemangku presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dinamakan untuk bertanding di kerusi itu,” katanya kepada Malay Mail.

Menurut sumber, rundingan tersebut timbul kerana BN hanya yakin dapat mengekalkan Cameron Highlands jika Naib Presiden MIC Datuk C Sivarraajh bertanding.

Umno ada perjanjian dengan MIC untuk memulangkan kembali Cameron Highlands dalam PRU15 tetapi mereka mahu memastikan BN menang kali ini, kata sumber.

Pada 4 Jun tahun lepas, calon DAP M Manogaran memfailkan petisyen untuk membatalkan kemenangan Sivarraajh kerana melanggar Akta Pilihan Raya 1954.

Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian mengumumkan kekosongan kerusi manakala Sivarraajh diumum tidak layak bertanding dalam PRK tersebut pada 26 Januari ini.