Michael Ang berang penyanyi antarabangsa buat hal, peminat bayar untuk dengar nyanyian bukan ideologi

Oleh KIM SYAZIE

Tular kes bercium sesama jantina antara penyanyi antarabangsa dan anggota lain dari Kumpulan The 1975 hingga menyebabkan anjuran festival tersebut dibatalkan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter sebelum ini memaklumkan baki acara Festival Good Vibes 2023 telah dibatalkan serta merta.

Tidak menghormati undang-undang negara, peminat muzik kritik penyanyi Matt Healy yang melakukan provokasi meskipun mengetahui Malaysia menentang LGBT.

Bukan hanya peminat malah banyak artis lain turut meluahkan rasa tidak berpuas hati termasuklah pengarah dan pelakon, Michael Ang.

Michael Ang memuat naik hantaran di Instagram mengenai insiden tersebut dan menyatakan bahawa peminat bayar untuk dengar nyanyian bukan ideologi.

“Kadang-kadang bodoh juga orang terkenal mat salleh ni! Kau datang sini (Malaysia) untuk menyanyi dan peminat bayar kau untuk dengar kau menyanyi, jadi nyanyi sahajalah.

“Tak ada siapa peduli mengenai ideologi dan agenda. Tak ada yang kisah apa yang kau fikir mengenai kerajaan dan isu LGBT. Nyanyi dan baliklah!,” ujar hantaran tersebut.

Insiden tersebut berlaku pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Bukan sahaja isu bercium sesama jantina, Healy juga dilihat memegang botol arak semasa buat persembahan malah mempamerkan aksi kurang sopan.

Baca juga: “Tak ada budi bahasa langsung!” – Wanita terkejut kena sindir pekerja sebab lambat buat pesanan, siap disuruh makan kedai lain