Malaysia Dateline

Michael Garing dijatuhi hukuman gantung hari ini

Rakyat Malaysia kelahiran Sawarak Michael Garing telah menjalani hukuman gantung di Penjara Changi pagi ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura hari ini.

Michael telah disabitkan kesalahan membunubh pada tahun 2015 oleh mahkamah tinggi republik itu dan sabitan disahkan oleh mahkamah rayuan pada 2017.

“Jenazahnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Sibu esok sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kapit. Kami sedang membantu ahli keluarga Michael yang berada di sini, “kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi kepada Bernama.

Dimaklumkan juga bahawa Michael telah memeluk agama Islam ketika di penjara dan memilih nama Muhammad Arif Sufi sebagai nama Islamnya.

Pada 20 Mac, ibu bapa Michael, Ensiring anak Garman dan Garing anak Kanyan, telah menghantar petisyen permohonan kepada Presiden Singapura untuk menyelamatkan nyawa anak mereka dengan menjalani hukuman penjara seumur hidup.

“Saya masih tidak percaya walaupun diberitahu hukuman itu telah dilakukan,” kata seorang ahli keluarga Michael yang tidak mahu dinamakan, ketika dihubungi.

Menurutnya, kedua-dua ibu bapa Garing kecewa dengan keputusan mahkamah Singapura itu.

Michael, 21, adalah sebahagian daripada geng yang terlibat dalam rompakan di Jalan Kallang pada Mei 2010 yang menyebabkan kematian pekerja pembinaan berusia 41 tahun, Shanmuganathan Dillidurai.

Tiga lagi cedera parah.

Seorang lagi dituduh, Tony Imba, telah menjalani hukuman penjara seumur hidup dengan 24 sebatan manakala Hairee Landak, dijatuhi hukuman penjara 33 tahun pada tahun 2013 dan 24 sebatan.

Donny Meluda, yang telah menjalani hukuman selama lebih daripada enam tahun, diberi hukuman sama dengan hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan pada 2018. – Bernama