Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Migrasi sektor buruh beri kesan kepada sektor pertanian, kata Menteri

Migrasi sektor buruh beri kesan kepada sektor pertanian, kata Menteri

BernamaJune 25, 2019 1:50 pm




Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memaklumkan, penghijrahan penduduk luar bandar yang melibatkan proses buruh dipindahkan dari sektor pertanian ke sektor perkhidmatan di bandar memberi kesan kepada sektor pertanian sebagai sumber pendapatan negara.

Datuk Salahuddin Ayub berkata, proses penghijrahan tersebut walaubagaimanapun menyumbang kepada peningkatan pembangunan ekonomi negara tetapi memberi kesan yang menyebabkan kepentingan pertanian sebagai sumber pendapatan semakin menurun.

Katanya, pertanian luar bandar menghadapi cabaran kerana majoriti petani semakin tua dan bergelut dengan kekangan mendapatkan sumber kewangan dan penggunaan teknologi baru yang moden.

“Di kalangan belia, pekerjaan pertanian sering dikaitkan dengan pendapatan rendah dan keadaan kerja yang buruk. Institusi kewangan dan sektor swasta juga menganggap pertanian sebagai ‘berrisiko tinggi dengan pulangan rendah’, yang memberi kesan kepada usaha untuk meningkatkan pembiayaan dan pelaburan.

“Migrasi didorong oleh peluang yang tidak sama rata sehingga menyebabkan masyarakat luar bandar berpindah untuk mencari peluang di bandar raya.

“Untuk mengimbangi kesan positif dan negatif penghijrahan ke atas pertanian dan pembangunan luar bandar, Kerajaan Malaysia terus memainkan peranan penting menangani masalah peluang pekerjaan di luar bandar, meningkatkan pendapatan, disamping memastikan keselamatan makanan negara,”katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) ke-41 di Rom, Itali.

Tambahnya, baru-baru ini kementerian melancarkan hala tuju 2019-2020 untuk menyusun semula keutamaan industri makanan agro.

Katanya, Ini berdasarkan tiga dimensi sektor agro-makanan, iaitu jaminan keselamatan makanan; pembangunan ekonomi luar bandar; serta pelaburan sektor swasta dan perdagangan antarabangsa.

“Pelbagai inisiatif telah digariskan, yang melibatkan penggunaan teknologi moden, pengurusan sumber semula jadi yang cekap dan penggunaan pelbagai biji / baka baru yang membuahkan hasil yang tinggi, serta kurang terdedah kepada perubahan iklim.

“Sementara itu, Rancangan Pembangunan Luar Bandar Malaysia 2018-2023 juga mengenal pasti pertanian sebagai salah satu program untuk menjana ekonomi luar bandar yang lebih kompetitif, dan mewujudkan usahawan luar bandar yang berorientasikan teknologi dan inovasi.

“Oleh itu, pelbagai Kementerian telah berkumpul dalam satu program yang dikenali sebagai ‘Kampung Saya, Masa Depan Saya’ untuk menggalakkan penduduk luar bandar, termasuk golongan belia dan masyarakat pribumi, tinggal di kampung dan menjadi ejen untuk pembangunan luar bandar dengan mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi,”tambahnya.

Tambahnya, program tersebut akan mengoptimumkan penggunaan sumber yang tersedia iaitu tanah yang ditinggalkan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production