Malaysia Dateline

‘Minat betul pocong dengan papan tanda, nasib baik dia tak pilih huruf A’

Ada yang mendakwa papan tanda ‘Kuala Pilah’ dibaca menjadi ‘Kuala Pilahi’ dengan huruf ‘I’ di sebelah abjad ‘H’.

Kononnya, apabila diamati huruf yang disangka ‘I’ di papan tanda terletak dekat Jalan Seremban-Kuala Pilah itu adalah makhluk yang umum panggil sebagai pocong!

Kisah mistik menyelubungi kawasan Bukit Putus yang tersergam replika tengkolok gergasi itu menjadi bualan orang ramai tetapi masih ada juga netizen yang sempat berseloroh.

“Nasib baik pocong tu pilih huruf “I”. Kalau dia pilih huruf “A” dah kena kangkang pula.

“Minat betul pocong dengan papan tanda tu.

“Hebat pocong tu macam Spiderman, melekat. Ngam-ngam pula sebelah huruf ‘H’. Nakai noh.

“Memang keras jalan tar tu… bukan jalan gambut.

“Pocong kalau duduk kat signboard, maknanya dia mengalu-alukan kedatangan anda tu!” demikian gurauan warga maya.

Jalan lama dengan beberapa selekoh berbahaya di Bukit Putus itu banyak mencatatkan kes kemalangan maut selain pelbagai kisah seram yang menjadi buah mulut pengguna jalan raya.

Antaranya, ada yang berkongsikan pengalaman ternampak kelibat badan tanpa kepala melintas di hadapan kereta pada tengah malam.

Waktu sama itu juga terdapat pengguna jalan raya terlihat kelibat beberapa individu mengusung keranda.

Laluan di Bukit Putus itu bagaimanapun pada masa ini telah dimudahkan dengan adanya lebuh raya baharu yang dibina bagi mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas.

Baca juga Hanya makan nasi lauk garam, pekerja asing ini mampu hantar wang simpanan RM800,000 ke kampung

Baca juga Terlepas hukuman penjara, Farid Kamil mahu kembali fokus berlakon